Wednesday 13 June 2012

Masa

Bismillahirahmanirahim.Assalamualaikum Warahmatullah dan Salam 1Malaysia pada yang ziarah blog saya ! Terlebih dahulu pihak penulis ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana memilih blog ini sebagai destinasi blog bacaan anda pada kali ini.   ;)   hehe. Intro ala-ala naik pesawat bukan?
Firman Allah SWT bermaksud :”Dan adalah manusia itu, suka tergesa-gesa”.(Al-Israk:II)
Hmm. Sungguh lama tak update blog  ni. Berhabuk dah tengok blog page ni! Mungkin dah tiba masanya untuk mengemas. What I really mean is kemas-kini! ^_^  ha ha. Bukan kelakar pun -.-  Jadi tak perlu ketawa lah.
Saya kadang-kadang befikir, kenapa saya ni malas sangat nak update blog. Padahal banyak sangat benda dalam kepala nak cerita pada anda semua.Mungkin kalau ditanya pembaca kenapa tak update blog (hehe. tak tahulah kalau ada yang nak tanya pun, follower pun baru satu) 
Ahh!  Kerja  melambung la bang! Tak free macam muda-muda dulu. Sibuk dengan macam-macam assingment sekarang! Hal kahwin pun nak fikir juga.Serabutnya! Kononlah. Ha ha. Banyak mengarut pula saya ni. Acah -acah sahajalah.


Suka, suka juga. Tapi sesi muhasabah pun kena ada ya.

Apa yang nak ditekankan di sini ialah kepentingan masa. Setiap.Detik.Masa. Ketahuilah, saat pertama 5:OO petang 13 Jun 2012 ini hanya datang sekali sahaja wahai abang kakak atau adik sekalian.Selepas itu, ianya akan pergi meninggalkan kita, tidak lagi menoleh ke belakang. Waktu itu tidak akan kembali lagi. Dan buat selama-lamanya. Tapi itulah hakikat kejadiannya, bukan?

Kita perlu memahami masa.Setiap saat itu terlebih penting dari dunia ini dan segala isinya jika kita renungkan. Saat manakah yang bakal memberatkan timbangan mizan (dacing/scale) anda pada hari Akhirat? 
Mungkin amalan murni yang anda baru lakukan tadi cukup-cukup sahaja untuk memberatkan lagi  timbangan amalan pahala dari timbangan amalan dosa anda. 
Mungkin juga  berlaku sebaliknya apabila kita memilih untuk menjerumuskan diri ke lembah maksiat.Masa yang kita guna pada saat ini adalah penentu tempat tinggal abadi kita di hari kemudian.Iaitu antara Syurga dan Neraka.

Kalaulah Allah kurniakan kita pacaindera-pacaindera istimewa.Seperti contoh, dapat lihat amalan-amalan kita. Tambahkan lagi dengan keupayaan tahu bila nak mati ,ooo memang mudahlah hidup .Bolehlah nak rilek-rilek dulu kan? Kita berseronok dulu. Selepas itu,taubatlah ! Kalau rasa level pahala agak rendah. Topup kan sahajalah. Tapi syaratnya. Buat sebelum kematian menjemput.Tapi tak apalah kan,sebab dah tahu bila. Jadi apa guna wujud Islam itu? Apa guna ada Neraka? Ya tak?

Ujian-ujian yang Allah jadikan bertujuan untuk membezakan hamba-hambaNya yang bertaqwa dengan hamba-hambaNya yang bukan. Hamba manakah yang mengikut panduan Islam? Hamba manakah terikut-ikut jahiliyah? Salah satu ujian itu , tidak lain, tidak bukan iaitu perkara ghaib eg; masa . “….Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu di sisi Allah adalah orang yang paling bertaqwa diantara kalian…” (al-Hujurat : 13)    .Subhanallah. Alangkah indahnya dapat menjadi antara orang-orang yang paling bertaqwa. Bukan senang, itu bermaksud anda perlu menjadi orang yang paling cekal dengan ujian-ujian Allah .Bukan calang-calang orang dapat title ini.

Sebelum saya mengakhiri catatan ini, saya  minta kawan-kawan sekalian merenung bersama saya. Moga-moga boleh dimanfaatkan oleh diri saya sendiri dan anda semua.So unfortunately for us, kita tidak memiliki keupayaan-keupayaan hebat seperti atas itu. Jadi bagaimana kita nak 'secure a place in heaven'? Entah bila mati. Entah berapa dosa pahala yang ada. Sahabat-sahabat Rasullullah yang pantang tak berjihad, solat lima waktu sehari semalam secara berjemaah yang TIDAK pernah putus diikuti dengan zikir 3000  kali SETIAP  solat fardhu. Yang infaq  sebahagian harta mereka ke jalan Allah, yang tidak memilih untuk mengaibkan manusia, kawan mahupun lawan. Senang kata, orang-orang yang terkenal dengan sentiasa melakukan kebaikan sahaja ini pun belum tentu dapat masuk Syurga (kecuali sepuluh Sahabat yang Rasulullah bagitahu). Jadi kita ini pula macam mana lah. Terasa konfiden sangatkah kita dengan amalan-amalan kita .Cukupkah untuk  membawa kita ke destinasi yang kita mahu menghala ?



TIP yang saya rasa-rasa dapat bantu lah ^_^'

Jika ada diberi peluang melakukan sesuatu yang baik. Tegaskan pada diri sendiri untuk ambil inisiatif sekarang juga. Tidak boleh lagi tangguh-tangguh dah.Bila lagi nak mula?  Bisik  pada hati ''Saya tak mahu saat-saat saya dibazirkan begitu sahaja. Saya nak bertindak!! '  Mulakan dengan niat ikhlas kerana Allah . Kemudian lafazkan ''bismillah'', selamat mencuba,moga-moga berjaya ;)

Setakat inilah dulu ya kawan-kawan. Moga-moga apa yang ternukil dalam post ini dapat memberi faedah pada kita semua. Atau mencetuskan sesuatu untuk difikirkan .Pun boleh! Apa-apa yang baik itu datang dari Allah SWT, dan yang buruk itu daripada saya sendiri. Mohon ampun jika ada tersilap. Saya manusia macam awak.

Wabillahi Taufiq Wannajah. Assalamualaikum :)


*post-blog commentary from myself*

*Mula-mula nak update blog tu rasa malas . Tapi bila difikirkan,kawan-kawan saya pun banyak assignment .Entah-entah ada yang berlipat kali ganda kerjanya kalau nak banding dengan saya. Tapi boleh lagi nak update. Adei. Sah jadi malas dah saya ni ! Al-maklumlah,saya ini orang lelaki. Bab-bab menulis ini memang 'Achillies heels' untuk lelaki zaman sekarang!  
:p 
Rasa agak kesal, sebab sebagai seorang lelaki yang begelar Muslim, saya membawa imej Islam dalam setiap perkara yang saya lakukan.Dan kemalasan itu tak wujud dalam Islam ya!  
Bila kita kaji, kita akan dapat tahu para Ulama' , cendekiawan Islam terdahulu boleh menulis beratus jilid-jilid kitab,ada kalanya mencecah ribu. Mereka menjadikan bidang penulisan itu satu wadah untuk menyampaikan dakwah demi usaha menyebarkan hidayah Allah kepada manusia. Perjuangan itu begitu sebati dengan diri mereka. So,macam manalah nak bantu kembalikan sistem Khalifah ,kalau  nak menulis pun ( self -intended critism) dah tak larat. Apatah lagi nak membangkitkan semula dinasti Islam yang pernah pada suatu masa dahulu memerintah 2/3 dunia. 

No comments:

Post a Comment

Popular Posts