Assalamualaikum,
Marilah panjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi, kerana masih bernyawa lagi pada hari ini, dan kerana masih memiliki dua nikmat terbesar,iaitu nikmat Iman dan nikmat Islam.Pernah terfikirkah,setiap helaan nafas kita terkandung berjuta-juta nikmat yang tidak mampu kita balas selama-lamanya? Maka menjadi tanggungjawab bagi mereka yang memiliki nikmat ini untuk bersyukur pada Allah SWT. Anda tertanya-tanya ,dengan cara apakah boleh kita bersyukur? Saya boleh bagi sedikit bantuan di sini.
a) Anda boleh bertahmid selalu pada Allah.(sambil duduk, atau ketika baring ,mungkin sambil memasak?) Pada pendapat saya,sangat rugi kalau tidak diamalkan.Jika anda boleh berbual kosong dengan rakan-rakan untuk masa yang lama atau nyanyi lagu kesukaan seperti Bruno Mars,sudahlah tempoh lagunya mencecah 4 minit, tapi kenapakah kita zikir pun tak boleh seminit. Persoalannya, mengapakah susah sangat untuk berzikir? Mungkinkah kerana masalahnya berpucuk dari kalbu? (Iman)
Saudara Saudari sekalian,
Kita tidak dapat lihat perkara ghaib.Maklumlah,Allah menjadikan Bani Adam dengan pacaindera yang terbatas.Tetapi ingatlah,Iblis Laknatullah sebenarnya selalu berbisik kepada kita.Untuk mengotori hati manusia,mengheret mereka menjadi temannya di Neraka. Iblis akan tetap menghasut.Setiap masa,setiap saat,sehingga tibanya Sakaratul Maut.
Ada masanya anda rasa macam seolah-olah semuanya berpunca daripada anda sendiri. Jangan termakan tipu daya Iblis, perasaan itu adalah Iblis. Memang sudah taktik Iblis,jadi untuk memudahkan lidah berzikir,seeloknya kita baca ayat kursi dahulu, mudah-mudahan penghasut bernama Iblis itu mati terbakar.Kalau anda baca ayat-ayat lain dari Al-Quran.Iblis akan terasa sakit dan cabut lari.Tapi dengan ayat kursi Iblis terbakar sehingga mati.Itulah bezanya ayat Kursi dengan ayat-ayat lain.
Kembali pada topik,
Sahabat-sahabat Nabi pula berzikir tiap-tiap hari, ketika kerja ada, ketika berehat dan ketika berjalan juga ada. Mereka menerapkan amalan berzikir dalam segala aspek kehidupan mereka.Sebagai contoh Abu Hurairah (R.A) berzikir 12,000 kali sehari.Belum tentu lagi beliau masuk syurga tapi kalau kita 12 pun susah, apakah peluang kita berbanding beliau? Sesuatu yang patut direnungkan.
b)Berterima Kasih.Perkara yang mudah dan Alhamdulillah, sudah menjadi adat juga bagi orang Islam Nusantara.Untuk menguatkan hujah ini, Nabi bersabda '' Sesiapa yang tidak berterima kasih pada orang, tidak berterima kasih pada Allah'' Allah menjadikan agama Islam suatu agama yang menitikberatkan persaudaraan dan perpaduan antara manusia, jadi setiap amalan yang mempromosikan perpaduan, membuahkan pahala dan menunjukkan kesyukuran.
c)Mengaplikasikan nikmat yang diberikan Allah ke arah kebaikan dan kebajikan.Salah satu cara yang sangat mudah ialah guna sahaja apa yang telah Allah kurniakan pada tubuh badan kita dengan niat yang baik. Itulah tanda syukur.Bila kita gunakan tangan untuk bersedekah,bermakna kita bersyukur. Sama juga bila kita guna lidah untuk menutur perkara baik, atau untuk mengeratkan Silaturahim. Semuanya menzahirkan kesyukuran pada Allah SWT.Subhanallah, alangkah syumulnya agama Islam.
Apakah kita tidak berfikir kalau-kalau kita ini dilahirkan seorang Kristian atau Yahudi. Sudah tentunya amat susah mendapat hidayah Irsyad (hidayah Irsyad adalah hidayah pengajaran, manakala hidayah Taufiq adalah hidayah pengertian dan pemahaman) daripada pendakwah Islam.
Yalah,bukan senang apabila ditempelak, malah dilabel agama yang ''ketinggalan zaman'', dan ''tahu mengganas sahaja'' oleh media massa.Sudah semestinya ini menyukarkan hati-hati yang murni untuk melihat di sebalik semua celaan tidak berasas yang telah dilemparkan pada umat Islam .Fitnah ini sengaja diporak-perandakan musuh Islam.
Akibatnya,dunia menjadi takut dengan orang Islam ,kerana wujud tanggapan bahawa orang Islam lebih cintakan kematian (mereka rasa orang Islam itu cinta mati itu sendiri, bukan Syurga yang menanti para syuhada)
Mereka khuatir orang Islam akan meletupkan diri dan membuat keganasan di mana jua mereka berada.Ketakutan ini lebih dikenali sebagai Islamaphobia.
Bersabarlah saudara saudari, teguhkanlah Iman, sentiasa yakin pada Allah.Ini semuanya dugaan untuk hamba-hambaNya.
Rasullulah pernah bersabda '' Sesungguhnya Islam itu datang dalam keadaan asing, dan akan kembali dalam keaadan asing, maka beruntunglah orang yang asing itu'' riwayat Muslim
Itulah khabar gembira daripada Junjungan besar kita, Rasulullah(SAW).
Renungan
Saya ingin menyentuh sedikit hal hudud, bukan untuk mencampuri hal politik.Tetapi hanya mahu komen perkara hudud.Saya terasa terkilan sedikit apabila menonton video ''Sembang Rakyat'' baru-baru ini.Bukan hendak memilih pihak di sini ya. Tapi yang harus menjadi ikutan saya adalah Al-Quran dan As-Sunnah.
Dan sudah TERMAKTUB dalam Al-Quran bahawa hudud harus dilaksanakan apabila cukup syaratnya.Mengapakah mereka cakap Hudud ini menjadikan keadaan lebih teruk ? Adakah mereka sudah menjalani kajian bertahun-tahun untuk memastikan apakah pro dan kontranya? Adilkah mereka cop hukum yang Allah sendiri wahyukan itu teruk? Wah! Adakah ini bererti manusia lebih bijak dari Penciptanya?
Mari kita berfikir sejenak,dan berimaginasi sedikit ya.
Jika anda berdiri di depan dinding.Anda tahukah apa yang sedang berlaku di sebelah dinding itu ? Jika ada basikal atau kawan anda di sebelah, agak-agak bolehkah anda tahu? Itu hanya sebelah dinding sahaja.Tetapi pelbagai misteri yang boleh muncul dalam kepala kan?
Kita manusia dikurniakan 5 deria rasa,dan inilah menjadi sarana atau alat-alat dari Allah pada kita untuk mengenal duniaNya.Tetapi manusia sentiasa alpa,sehingga membuat kesimpulan berdasarkan 5 deria itu sahaja. (Dalil Aqliy, apa yang dapat ditafsirkan olah akal sahaja)
Akal adalah suatu jenis persepsi deria, dan persepsi seseorang mungkin tak sama .Mungkin dalam persepsi anda ,cinta itu lebih penting daripada apa-apa, sehinggakan kalau bercinta dengan penjenayah masih boleh diterima.Sedangkan ibubapa anda tidak sehaluan, mengikut persepsi akal mereka.Fahamkah? Ini semuanya daripada konklusi diri sendiri,dari ilmu yang cetek, dari akal yang tidak sempurna dan boleh rosak.
Saudara Saudari yang dirahmati,
Sesungguhnya,kebijaksanaan Allah jauh lebih tinggi,dan komposisi ciptaanNya,jauh lebih banyak dari apa yang anda boleh lihat dan faham .Anda tahukah bilangan setiap satu bintang yang terdapat di langit? Anda tahukah bagaimana malaikat bergerak? Anda boleh memahami Zat-zat Allah? Percayalah, akal tidak mampu untuk menafsirkan.Oleh sebab itulah, dalil Naqliy itu penting.Sebab Allah adalah Al-Alim ,Maha Mengetahui .Anda perlu beriman dengan Dalil Naqliy, kerana datang daripada Allah. Akal dikurniakan untuk membantu kita menggapai (sedikit) kejadian Tuhan, supaya kita boleh lebih beriman dan abdi padaNya.
Saya permudahkan lagi.Pernah baca novel Sherlocks Holmes? Dalil Naqliy boleh diibaratkan 'lead evidence' atau petunjuk oleh Allah. Dalil Aqliy pula sebagai ''magnifying glass'' yang sering dipakai Sherlocks untuk menyiasat.
Ada pepatah tentang akal dan iman:
''Akal tanpa iman seperti pedang di tangan seorang penyamun, sedang iman tanpa akal seperti pedang tumpul, pedang yang tak lagi bisa berfungsi ''
Okay,apabila kita teliti situasi isu Hudud,kita nampak akal pula mempersoalkan Penciptanya.Sedangkan Penciptanya lebih mengetahui apakah kebaikan yang wujud dalam Hudud.
Kepercayaan,Iktikod,Iman atau apa-apa sahajalah yang anda mahu pilih.Saya rasa itulah pokok masalah ini.Mungkin bagi mereka yang percaya Hudud,iman yang rapuh meragu-ragukan implementasi Hudud.Ada juga yang tidak percaya Hudud,mungkin akal pemikiran tak dapat menerima Hudud.Ada juga yang percaya Hudud,tetapi dapat menerima Hudud,tetapi lebih pentingkan pangkat.Sedihnya yang mempunyai kuasa undang-undang sekarang kebanyakan terdiri daripada 3 jenis golongan ini.
Ada pula yang kata Hudud tidak patut sebab kita berada dalam negara banyak kaum. Tetapi pada zaman Rasulullah, orang Yahudi dan penyembah berhala masih berkeliaran ketika Madinah di bawah pimpinan Baginda. Baginda tiada masalah pun melaksanakan Hudud.Tidak berkirakah? Lagipun Hudud ekslusif hanya untuk Mu'min dan Mu'minah. Maksudnya orang Islam yang bersalah sahaja yang diimplementasi hukuman Hudud (Tapi tengok juga perlembagaan negara itu, kemungkinan raja mereka mewajibkan atas semua rakyat).Agama lain tidak terlibat.
Saya rasa tidak berdaya untuk buat apa-apa.Tapi kalau ada rezeki, saya ingin pesan ini pada mereka yang menolak Hudud.Buat apa nak keras kepala dengan apa yang Allah telah perintahkan pada kita? Kenapa masih beragu-ragu denganNya.Tidakkah mereka memerhati kejadian tidur pada waktu malam.Kenapa tidur itu perlu? Kadang-kadang orang tak boleh tidur malam tapi tidur masa bawa kereta pula (alamatnya, kemalangan jalan raya lah) Mengapakah tidur itu Sunnatullah?Hanya Allah sahaja yang mengetahui jawapan tepatnya.Anda perlu yakin sahaja.Yakin ia untuk kebaikan anda.
Anda semua pernah dengar pepatah ini, ''Mom knows best'' . Kali ini, marilah kita ungkap frasa ini pula ''ALLAH KNOWS BEST'' .Yakin semua yang Allah telah ciptakan, Hudud juga,semua hanyalah untuk anda.
Moga-moga nukilan saya pada kali ini dapat membantu memberi pandangan atau persepsi yang lebih luas kepada saudara-saudari dan boleh buat renungan untuk diri dan kawan-kawan. Apa-apa yang baik itu datang dari Allah SWT, dan jika ada tersilap fakta atau penjelesan, saya hanya manusia,dan harapkan keampunan dariNya akan segala kekurangan yang ada pada diri ini. Wa billahi Taufiq wal Hidayah.
Assalamualaikum.
yours truly,
Hamdan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Fullname : Zayn Jaweed Malik Nickname : Zayn Malik Born Place : West Lane Baildon, Bradford, England Born Date : January 12, 1993 Do...
-
The dictionary defines Nostalgia as:a wistful desire to return in thought or in fact to a former time in one's life, to one's...
-
Assalamualaikum. As of right now. I want to this page to be called Merciful Servant. Because I am inspired by the videos of the Mercifu...
-
Enjoying life right now? Feeling easy today? Maybe planning a trip to go somewhere on the holidays? Or even hanging out with pals at Tutti...
-
Are you money-less and want to make money? Are you really determined get to the bottom of those overflowing debts and credit card bills? Or ...
-
Bismillahirahmanirahim. Assalamualaikum Warahmatullah dan Salam 1Malaysia pada yang ziarah blog saya ! Terlebih dahulu pihak penulis ingin ...
-
Assalamualaikum, Marilah panjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi, kerana masih bernyawa lagi pada hari ini, dan kerana masih memiliki dua nik...
-
Assalamualaikum, and slm 1Malaysia! Hey, it's been awhile I've posted anything here.Long time no see.I kinda almost sorta gave up on...
-
I guess this is my sole entry as a rookie blogger. I'm really not into blogging but hey,the kids are doing it these days. So ,why not ju...
No comments:
Post a Comment